Friday 13 July 2012

Penyakit malas nak mengupdatekan blog ni dah datang , aku dah lepaskan 2 cerita short vacation actually. Malas nau nak menghadap lappy, kerja lagi, rumah lagi, itinerary next year lagi, backpack info lagi. Adui....

AB Motel

Last 3rd November aku bawak parentku, adik beradik gi Langkawi. Kami stay dekat AB Motel Pantai Cenang connecting room 2 queen bed. Puas hati dengan bayaran semalam rm120.00 kami sewa 2 bilik dan 1 bilik diseberang jalan untuk Yani - bilik 1 queen rm80.00 semlam.

View dari cenang pantai, AB Motel yg kitaorang sewa.

Yang bestnya AB Motel connecting roomnya menghadap laut. Pagi pagi je bangun terus terjun laut..he....he...Pantai Cenang pun malam malam hapenning sangat.

Sampai di Airport Langkawi jam 8.30am, terus ambil kereta Innova dengan cik Shone. Dia cj rm300 untuk 3hari 2mlm.ok ape?...taklah mahal sangat tong tong ngan adik beradik. First kitaorang pergi dekat Dataran Lang, sarap sekali kat sana dengan mihon yg aku masak sampai abis gas...he...he...
Pastu kami ke Makam Mahsuri. Aku tak masuk pun. 8 tahun dulu dah pernah sampai dah.......balik singgah ke kedai gamat Nusantara. Lunch cari kedai makan kat Temonyong yang dalam forum sibuk citer sedap tu. Pada aku biasa je, tapi memang murah giler - kami makan nasi campur 9 orang semuanya dalam rm37.00. Seafood siang takde, kecuali on request baru buat.

Pas makan kitaorang check in. Solat jamak qasar dan rest. Jom tengok gambar....

Makam Mahsuri entrance

Kat stesen petronas, lupa dah ape name tempat ni.

Darwisyah kat atas Langkawi Cable Car

View dari pelantar Cable car

Pantai Pasir Hitam


Memang best ke Langkawi ni, tak pernah rasa boring walaupun aku da 4 kali repeat...he..he...Paling best shopping coklat....borong coklat kat sini untuk stock setahun....coklat Whittakers gold paling popular kat sini.

Borong stock setahun...he..he..
Syukur alhamdullillah, kali pergi dapat bawak adik beradik dan mak ayah...next family trip.....Sabah....insyaallah...

Friday 30 March 2012

Terengganu with FF.

First time menjejakkan kakiku ke Terengganu dan first time fly dengan Firefly... hu..hu... berbelit belit daaa..... Flight pukul10.30pagi, dari klang nak ke Subang Airport hanya dalam 30minit. Urusan check in takda pape masalah kerana kami sampai awal dari orang lain kecuali satu team bolasepak Selangor yang conquere counter express, so sy terpaksa gi kaunter biasa, alhamdulillah tak ramai orang, urusan cepat.



Disebabkan kami datang ke Terengganu pada hari jumaat, banyak kedai yang tutup. Pergi ke Pasar Payang pun tak banyak kedai yang buka dan biasanya hari jumaat ni kedai yang dibuka harga kainnya lebih mahal dari hari esoknya - hari Sabtu dan banyak pulak kedai yang bukak pada hari sabtu dan Ahad. Biasanya sutera batik dalam rm180 dah boleh dapat yang cantik cantik siap batu. Kat KL mau harga dalam rm250-300.

Batu Burok Beach Resort


Kami stay di Batu Burok Beach Resort. Hotel OK dengan swimming pool kecik. Sepanjang 3hari hujan tak berhenti2 start malam yg kami sampai, nak jalan pun tak best sebab risau anak2 demam nanti. Kami pun pusing pusing dalam kereta je.

Hari kedua pun hujan. Kami ke kedai keropok lekor BTB seawal pagi, tak awal mana pun he..he..tu pun dah ramai orang yg tunggu. Kedai ni terletak betul2 di tepi jalan main road dekat dekat selekoh. Dari airport terus je ambil jalan nak menuju ke jambatan, kedai ni kalau dari airport, dia disebelah kanan, seberang jalannya iaitu sebelah kiri ada satu homestay - Homestay Al Falah. Kedai keropok lekor ni hari jumaat tutup.



Selesai beli keropok lekor kira kira dalam kul 11 pagi jugaklah. Ambik nombor ni hanya untuk beli keropok lekor lebih dari rm100.00. Sambil sambil tunggu tu bolehla breakfast kat gerai sebelah dia.

Kemudian kitaorang pergi ke Masjid Kristal, jomlah layan gambar je... lotih nak citer.....



Balik dari Masjid Kristal kitaorang singgah ke Pasar Payang. Lepak kat dataran ni, berdepan dengan Bazar Warisan dan sebelah dia Pasar Payanglah.....

Wednesday 26 October 2011

Aku yang perasan....



Hari Graduation Universiti Kuala Lumpur (UNIKL MICET). Ijazah Sarjana Muda in Chemical Engineering di PICC Putrajaya on 9 Oct. 2011.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
It's not my convo.....my younger sisterlah actually...he...he...i'm just a pretend..hi...hi...me?....cukuplah setakat dip. aje....dah tak mampo nak mentelaah lagi. Di sebabkan atul kata ' Pakailah jubah ni, pakailah......pakailah.....atul sewa hundred something for a few hours, rugilah tak digunakan sepenuhnya......' me pun malulah nak jadi imitation ni.....dah adik suruh try kan....
Well, just want to congratulate her and hope she will find great job which is suite to her qualification.
        
Mak dan atul.




Mak, ayah dan atul

Friday 16 September 2011

Lata Kinjang di Aidilfitri 2011

As salam....Kunjungan ke rumah acik dan abang nizam pada hari raya lepas menyebabkan kami sekeluarga terjejakkan kaki ke Air Terjun Lata Kinjang, he...he...timo kasihlah acik sekeluarga sebab bawak kami ke sini. First time sebenarnya pergi Lata Kinjang ni barulah tahu tempatnya di Chenderiang Perak. Kalau dari Highway menghala utara, kita dah nampak air terjun Lata Kinjang ni dekat highway lagi. Tak pernah pun terfikir nak sampat kat sini, kalau dulu balik hometown Kedah dok tengok je lah air terjun ni dari highway, tapi alhamdulillah raya 2011, kami sekeluarga sampai kat sini.
Memang best bawak anak anak mandi air terjun ni, tapi saya taklah pergi ke kawasan air terjun, sampai pun dah petang, suasana memang redup apatah lagi di litupi oleh pokok pokok, rasa cuak pun ada pada mulanya, tapi dalam hati saya tawakkal dan bacalah juga Surah 3 Kul dalam hati untuk keselamatan anak anak.

Highway jalan bawah tu...

Pekan Chenderiang
Perjalanan dari Bidor rumah acik ke Lata Kinjang lebih kurang 40 minit melalui pekan Chenderiang dan melintas highway dari jalan atas.


Kami sampai di Lata Kinjang bersama family acik dan family Su. Kat sini jugak ade beberapa buah rumah orang asli. Ain pada mulenya takut nak jejakkan kaki kat dalam sungai tu sebab kakak takutkan dia dalan sungai tu ada ular, so dia beria ria tak nak jejakkan kaki kat air, pas semua orang excited dia tengok, baru dia berani, dah rasa best main air dia pulak yang terlebih excited, Hakim pulak yang sampai nangis nangis tak moh mandi sungai...he..he...lagi sorang yang excited nak mandi air terjun pulak ialah pakcik - bapa Su..he..he..

rumah orang asli

Anak orang asli tengah dok lepak
bestnye main air

mama&ain

ain pose

Akim dan abi nye.

 
 Saje je besaukan gambar last ni bagi teruja pada sesiapa yang nak pergi. Ape pun, jangan dok excited sangat kat air terjun ni, jaga dan kawal keselamatan anak anak kay.....moga semua selamat.

Tuesday 23 August 2011

Cheonggye Stream , Yongsan Plaza & Namsan Tower - 19 March 2011

Nak ke Cheonggye stream ni yang fed up sikit....penat Hanok Village pun tak abis lagi, dah sambung ke sungai ni pulak, tensionlah jugak dengan tak makannye..jumpa MC D pun tengok je....was-waslah pulok...MC D diaorang takde jual burger ikan ye...harap maklum, burger daging memanglah kompom x sembelih. Ni lah Cheonggye stream...memang bersih air dia...sejuk pulak tu..

Budak kecik da penat

Bawah jalan tepi sungai Cheonggye. Kalau kat Mesia mesti dah kene rembat gambor tu.

Muka cuak - penat giler


Lega - dah sampai ke destinasi - senyuman dalam paksaan..ha...ha...
Pas ke Cheonggye Stream hubby ajak lak gi Yongsan Plaza, adus...ikut jelah ....hubby pun tak pernah gi sana - sajeje katanya nak tengok Galaxy Tab. Kat korea ni senang je nak kemana mana asalkan pandai tengok Subway, sebab ada subway yang transit jugak.
Bumblebee hubby

Yongsan Plaza

Malam last ni hubby kata jom pergi Namsan Tower. Dekat je dari Myeongdong guesthouse ni, kitaorang jalan kaki je, lalu belakang guesthouse tapi jenuh gak lah sebab jalan dia cam mendaki bukit sikit. Masa jalan dekat main road ni terjumpalah Seoul Cartoon Museum - tak taulah korea buat cartoon ape yek.

Seould Cartoon Museum

Dalam cable car

Masa ni kitaorang dah sampai kat Namsan Tower, dah naik dalam cable car pun, biasalah bukan warga bayaran dia mahal sikit. Yang tak bestnye cable car dia masuk reramai dalam satu cable car, berdiri pulak tu...time kitaorang pegi memang ramai sangat orang, beratur pun panjang, selagi tak penuh di sumbatnya sampai penuh baru naik atas. Malaysia jugak yang best sebab ada LANGKAWI cable car, satu gondola masuk 4 orang je, takde nak berasak asak macam tin sardin.







Tulis nama sendirik kat thousand of padlock.