Thursday 2 June 2011

Langkawi with officemate.

Lepas sebulan baru balik dari Korea, makcik dah nak terbang lagi weiiii.Kali ni dengan Miza , maknya dan Kak Yah. Oleh sebab Kak Yah ada 'masalah negara', dia follow kitaorang lambat sikitlah. Nak buat camno kan.....Kiranya dah 8tahun tak jejak bumi Langkawi, last my daughter Ammar was 4month. Jalan pun ingat ingat lupa saya, dah tu kene jadi tourist guider miza dan maknya.Flight time 9.55pm sampai dalam 55minit je dalam flight. Biasalah AA yang angkut kitaorang dengan tambang murahnya. Sampai Langkawi Airport terus Miza cal cari cik Shawn, rupanya dia kat kaunter kereta sewa tu. Ktaorang sewa Viva RM110 untuk start malam dan pulang balik pagi Khamis sebab flight awal sangat kul 8.55am.Dah tak sempat shopping hari tu, so Viva dapatlah 2malam 2hari dengan harga ni.



Duduk kat Desa Motel, tak susah nak carinya. Keluar Airport ikut je sign board ke Pantai Cenang. Memang hapenning sangat Pantai Cenang dengan tourist. Saya sampai pantai cenang, kiri kanan sepanjang jalan tu semua hotel2, tak macam dulu dah. Memang best stay area sini. Desa Motel ni dekat dengan Aseania Hotel. Ownernye ade buka kedai dobi sebelah motel ni. Depan motel je kedai makan. So sampai je Desa Motel, ambil kunci, letak barang dan pergi makan jap depan motel ni. Balik, solay jamak qasar dan turu.....

So the next day seawal pagi bangun pas solat siap keluar, first pergi Dataran Lang dan sarap jap dekat dekat situ. Then Miza pun puas ler berposing maut ,makcik pulak dok sibuk meleraikan pergaduhan.....he...he... hebat tak makcik? leraikan pergaduhan merebut kawasan kot.....cayalah makcik...sebenaunye makcik dok sibuk meleraikan kucing bergaduh.....he...he....sadis betul.....

Dah penat saya dan miza tengok maknye ambik peranan dalam pergaduhan tu...pastu kitaorang gi cari tempat jual minyak gamat. Mak Miza borong sakan kat kedai tu....saya beli minyak gamat dan jeli gamat je. Pas tu pergi kat Beras Terbakar. Sekali lagi makcik shopping especially kain batik. Tapi disyorkan baik tak yah beli kat Beras Terbakar ni sebab agak mahal harganya compare Haji Ismail group.Tapi tak taulah dari segi kualitinya. Saya dan Miza pun sibuk dok shopping baju muslimah - memang murah kat sini.Kalau nak cari kedai yang murah ada satu kedai makcik yang mengadap tempat parking dekat dekat dengan toilet, ha...banyak2 kedai saya dah masuk kat situ paling murah tapi dah tak boleh tawar lagi dah, tapi macammana pun antara lain lain kedai, kedai makcik tu yg paling murah.Tak cayo...? percayolah cakap den ni.... survey dulu sebelum beli, jangan terus beli je.

Tak abis shopping lagi sebenarnya , tapi dah sebab lari itinerary, kitaorang cepat2 pergi ke Cable Car. Sempat berenti kat Stesen Petronas posing sikit ala ala anak dara...he...he..View memang cantik, tempat yatch. Sampai Cable car Miza dengan maknya naik , saya lepak2 kat bawah tak moh naik, dulu dah naik sekali...tobat saya ni gayat sikit kat tempat tinggi.



Pas Cable car barulah kitaorang pergi Haji Ismail Group, soping coklat tak ingat dunia. Paling best coklat Whittakers 1 paket 3bar baru 5.90sen.Murahkan?...Loaker wafer kampit pun murah 8.50sen, kalu kat sini rega biasa 11.90sen. Idaman Suri pun dah pergi, tapi bukan kat tempat dulu, dia dah ada bangunan sendiri dekat ngan balai polis.Tempat lama deret tu Miza ternampak lak Wan Thai. Ape lagi, dari tengahari tak makan kitaorang pun oderlah seafood. Tomyam, ikan sweet sour, kailan, carrot susu, jus epal, sume dalam 75rm.oklah....sape nak makan kat sini better book dulu sebab malam sikit sentiasa penuh.

Pas makan balik hotel jap.Kitaorang dah collapse sebenarnya tapi gagahkan gak kaki ni merayap tengah tengah malam. Makcik dah surrender, saya dengan Mizalah merayap semata mata nak cari KUAH PETIS kak siti, susah tol nak cari kuah rojak ni kat langkawi, last2 miza nampak satu kedai buah buahan kat simpang nak ke pantai cenang ni. Berenti jap kat Pantai Cenang lalu celah celah hotel apa tah, banyak mat saleh lepak dalam gelap ni sambil dengar lagu. Kitaorang initially takut gak jalan kat tepi pantai dalam gelap ni, dah lah banyak mat saleh lepak, takut kene tarik je........Singgah jap beli burger kat depan Rasa Eksotika Restoren , Miza beli Big Apple donut sebiji then balik.

Bangun pagi siap2 nak gi airport, sebelum tu jalan dulu kat Pantai tengah.

No comments: