Thursday 2 June 2011

Langkawi with officemate.

Lepas sebulan baru balik dari Korea, makcik dah nak terbang lagi weiiii.Kali ni dengan Miza , maknya dan Kak Yah. Oleh sebab Kak Yah ada 'masalah negara', dia follow kitaorang lambat sikitlah. Nak buat camno kan.....Kiranya dah 8tahun tak jejak bumi Langkawi, last my daughter Ammar was 4month. Jalan pun ingat ingat lupa saya, dah tu kene jadi tourist guider miza dan maknya.Flight time 9.55pm sampai dalam 55minit je dalam flight. Biasalah AA yang angkut kitaorang dengan tambang murahnya. Sampai Langkawi Airport terus Miza cal cari cik Shawn, rupanya dia kat kaunter kereta sewa tu. Ktaorang sewa Viva RM110 untuk start malam dan pulang balik pagi Khamis sebab flight awal sangat kul 8.55am.Dah tak sempat shopping hari tu, so Viva dapatlah 2malam 2hari dengan harga ni.



Duduk kat Desa Motel, tak susah nak carinya. Keluar Airport ikut je sign board ke Pantai Cenang. Memang hapenning sangat Pantai Cenang dengan tourist. Saya sampai pantai cenang, kiri kanan sepanjang jalan tu semua hotel2, tak macam dulu dah. Memang best stay area sini. Desa Motel ni dekat dengan Aseania Hotel. Ownernye ade buka kedai dobi sebelah motel ni. Depan motel je kedai makan. So sampai je Desa Motel, ambil kunci, letak barang dan pergi makan jap depan motel ni. Balik, solay jamak qasar dan turu.....

So the next day seawal pagi bangun pas solat siap keluar, first pergi Dataran Lang dan sarap jap dekat dekat situ. Then Miza pun puas ler berposing maut ,makcik pulak dok sibuk meleraikan pergaduhan.....he...he... hebat tak makcik? leraikan pergaduhan merebut kawasan kot.....cayalah makcik...sebenaunye makcik dok sibuk meleraikan kucing bergaduh.....he...he....sadis betul.....

Dah penat saya dan miza tengok maknye ambik peranan dalam pergaduhan tu...pastu kitaorang gi cari tempat jual minyak gamat. Mak Miza borong sakan kat kedai tu....saya beli minyak gamat dan jeli gamat je. Pas tu pergi kat Beras Terbakar. Sekali lagi makcik shopping especially kain batik. Tapi disyorkan baik tak yah beli kat Beras Terbakar ni sebab agak mahal harganya compare Haji Ismail group.Tapi tak taulah dari segi kualitinya. Saya dan Miza pun sibuk dok shopping baju muslimah - memang murah kat sini.Kalau nak cari kedai yang murah ada satu kedai makcik yang mengadap tempat parking dekat dekat dengan toilet, ha...banyak2 kedai saya dah masuk kat situ paling murah tapi dah tak boleh tawar lagi dah, tapi macammana pun antara lain lain kedai, kedai makcik tu yg paling murah.Tak cayo...? percayolah cakap den ni.... survey dulu sebelum beli, jangan terus beli je.

Tak abis shopping lagi sebenarnya , tapi dah sebab lari itinerary, kitaorang cepat2 pergi ke Cable Car. Sempat berenti kat Stesen Petronas posing sikit ala ala anak dara...he...he..View memang cantik, tempat yatch. Sampai Cable car Miza dengan maknya naik , saya lepak2 kat bawah tak moh naik, dulu dah naik sekali...tobat saya ni gayat sikit kat tempat tinggi.



Pas Cable car barulah kitaorang pergi Haji Ismail Group, soping coklat tak ingat dunia. Paling best coklat Whittakers 1 paket 3bar baru 5.90sen.Murahkan?...Loaker wafer kampit pun murah 8.50sen, kalu kat sini rega biasa 11.90sen. Idaman Suri pun dah pergi, tapi bukan kat tempat dulu, dia dah ada bangunan sendiri dekat ngan balai polis.Tempat lama deret tu Miza ternampak lak Wan Thai. Ape lagi, dari tengahari tak makan kitaorang pun oderlah seafood. Tomyam, ikan sweet sour, kailan, carrot susu, jus epal, sume dalam 75rm.oklah....sape nak makan kat sini better book dulu sebab malam sikit sentiasa penuh.

Pas makan balik hotel jap.Kitaorang dah collapse sebenarnya tapi gagahkan gak kaki ni merayap tengah tengah malam. Makcik dah surrender, saya dengan Mizalah merayap semata mata nak cari KUAH PETIS kak siti, susah tol nak cari kuah rojak ni kat langkawi, last2 miza nampak satu kedai buah buahan kat simpang nak ke pantai cenang ni. Berenti jap kat Pantai Cenang lalu celah celah hotel apa tah, banyak mat saleh lepak dalam gelap ni sambil dengar lagu. Kitaorang initially takut gak jalan kat tepi pantai dalam gelap ni, dah lah banyak mat saleh lepak, takut kene tarik je........Singgah jap beli burger kat depan Rasa Eksotika Restoren , Miza beli Big Apple donut sebiji then balik.

Bangun pagi siap2 nak gi airport, sebelum tu jalan dulu kat Pantai tengah.

Wednesday 1 June 2011

Shopping di Singapura

Kebetulan menghantar tentera2 balik ke kampung sebab cuti sekolah, saya pun pesan ngan hubby suh bawak pasport manalah tau kalau kalau nak ke Singapore - sebelum ni dah usya hubby dan pujuk rayu ajak gi singapore tapi dia tak moh sebab kerjalah... tulah... nilah...macam macam alasan. Pergi pun unproper planned, cuma dah survey sikit2 cara nak masuk singapore guna kereta sendiri dan best place to SHOPPING.....Bukan nak shopping giler pun, sebenarnya nak cari pinggan mangkuk Correlle, last month gi Langkawi reganya rm420 satu set corak lama elegant city tapi tak sure rasanya 18pcs kot, dengar kata kat singapore lagi murah, tu yg pujuk hubby minta jadi tourist guider saya.... tourist guider lagiiiiii......he...he...thanks hubby...the best tourist guider.

Bertolak dari melaka pun dah pukul 5.30petang sabtu 28May, sampai jb dalam kul 8.15pm. Cari hotel kat Danga Bay, jumpa Kozi Hotel tapi dah full, depan sikit ade Tune hotel, ada kosong tapi hubbby tak berkenan coz mahal....ade ke bilik dah dlm 99rm, harga aircond kene tambah dlm rm 15, kalau tambah wifi pun kene bayor rm13. Memang tak berbaloi.......Kitaorang jalan depan sikit jumpa JB City Hotel - murah gak rm100 king size, siap aircond dan wifi.

JB City Hotel


Pagi kul 7 kitaorang dah check out coz nak cepat ke woodland, duit dolar pun tak tukau lagi, so dok mencari money changer kat stulang, kalau dulu nama dia Eden Hotel tapi sekarang dah tukau jadi The Zone.Saya tukau pun 100 dolar je untuk bayo masa kat imigresen nanti nak register keta untuk ke singapore. Rupanya2 ada money changer 24jam kat JB ni, kat area2 JB City Square kalau nak tukau memalam.

Kastam kat malaysia senang je, tunjuk passport, chop dah boleh terus ke imigresen singapore. Imigresen singapore leceh sikit - kene minta kad putih dan isikan, pas dah isi - chop, pergi daftar keta kat block B, siap isi borang dan bayo 10dolar, boleh pergi next imigresen. Kitaorang disuruh keluar dari keta dan imigresen singapore akan check keta dan barang ape yg kita bawa. Bila pas checking ni ....horey dah masuk ke tambak johor.

kat imigresen malaysia
Borang masuk keta dan autopass

Tempat pertama kitaorang cari ialah Mustafa. Ala.... cam Maidin kat Malaysia, cuma Mustafa ni bukak 24, ada gak Maidin yg bukak 24jam ek...tapiyg sy tau kat melaka jo.... Mustafa ni saya cari sebab kata pinggan mangkuk Correlle murah- murahlah dari Mesia . Drive hanya guna GPS sebagai penunjuk arah, kalau takde GPS ni memang kitaorang tak sampailah kat Mustafa ni. Sampai kira awal pagi, breakfast dulu kat McD. Jalan kaki sikit sampailah Mustafa. Ada 2 building, kitaorang pergi yg building kanan. Tengok corelle yg saya nak cari - Elegant City memang ada tinggal 2 kotak je so dua dua saya rembat. 16pcs x 2 kotak dan saya tambah2 pinggan makan dan mangkuk 6 biji. Soping sakanlah saya sampai half crazy tengok pinggan mangkuk corelle. Dalam hati kata bawak budak2 ofice datang sini mesti giler punye. Imported coklat pun banyak macam harga kat Langkawi perfume pun ade tapi saya tak beli sebab baru beli Ralph Rauren masa balik dari Korea aritu tapi sempat la tengok harga - sama je masa beli kat airport.

Dalam Mustafa
Soping lagi.....


Pas habis borong, kitaorang gi Merlion Park, dari Merlion Park tu nampak Marina Bay, memang cantik, sempat la saya dan hubby pose maut punya....tapi masa nak balik tu masalah la pulak masuk pakai autopasss , kuar pun kene autopass jugak, rupanya duit dalam autopass tak cukup ada 4dolar je, tapi parkiing 5dolar. Alamak nak buat camno ni jang?????Hubby gi balik parking dan pikir mana nak cari 7E nak topup Autopass. Saya pun try picit butang pintu gate exit tu mintak tolong pekerja dia. fuhhh. nasib baik boleh guna cash, bayo je pada security tu 5 dolar.

Merlion Park/Marina Bay


Kuar dari Merlion Park hubby tanya mana nak gi lagi ni....dia tak tau mana mana tempat, saya yg dok arah dia ke sana ke mari, takpe yg penting saya tau tempat best kat singapore ni dia ikut je....saya pun decide ajak gi Bugis Street sebab orang kata kat situ banyak jual surviniour.

Dah petang pun dalam lebih kurang kol 5 petang kitaorang kuar dari Singapore, masa tu lak ujan lebat, ape lagi, tambak johor jammed beb. Tapi masa exit takde pun kastam check ape yg saya beli, sebab tak lalu lorong merah - lorong merah untuk barang2 nak declared macam rokok, alkohol. Mungkin dah ujan lebat, jalan jammed so dia pun tak check kot.
Sampai kat melaka kul 10.30 malam. Adus.... penatnye......

Tempat yang tak kesampaian nak pergi macam Arab Street (btul ke?), Sentosa Island yang ada Universal Studio (USS), Takasimaya (arhhh....ni yang terkilan giler sebab tak dapat tengok pinggan mangkuk wat compare rega dgn Mustafa), jumpa kak jie kat BBU dan makan murtabak singapore... Hu...hu....tak pelah insyaallah ada rezeki datang lagi, tunggu anak besau sikit... boleh bawak gi USS. Kalau ikutkan barang yg nak dibeli even murah pun, ikutkan tol, minyak keta, hotel, kira lebih kurang sama je harga macam kat langkawi atau kat sini, tapi apa yg saya dapat yang paling berharga adalah pengalaman ke tempat orang dan learn to solve problem. Sambung nanti trip saya ke beijing lak insyaalah tahun depan....insyaallah....