Monday 1 August 2011

Backpack to Seoul - Myeondong, Namdaemun 17 March 2011

Hrm....lama tol nak mengupdatekan cerita backpack ku ke Korea. Alkisah 3rd day lepas beli tiket train Korail kitaorang menuju ke Seoul. Masa naik train ingatkan macam komuter, dok bersepah je rupa rupanya ada seat number. Kitaorang main duduk je firstly bila nampak ada tempat kosang, tetiba  datang ahjuma kata tu seat dia sambil tunjuk nombor. Hmmm kene bangun dan berpindahle dari satu gerabak ke satu gerabak. Rupanya gerabak kitaorang paling last, jenuh la mengheret bag dalam ketapi, hubbylah...bukan saya...he..he..Sepanjang perjalanan benda baru yang kitaorang nampak iaitu bullet train dan perjalanan juga melintasi sungai Han dan nampak juga 63 Building, dekat tepi sungai Han. Perjalanan dari Suwon ke Seoul lebih kurang 45minit.



Sampai di stesen Seoul, kitaorang keluar dan time tu mulalah teraba raba nak tuju ke Myeondong Guest House. Dok pusing pusing kat tempat tiket nak cari kaunter pertanyaan, last last tak pergi tanya, kitaorang teguq sorang mamat yang berpakaian soldier warna hijau cara camna nak ke Myeondong. fuh...nasib baiklah mamat ni terrror speak English, dia arahkan kitaorang turun dekat  Eskelator sebelah tu pas tu soh kitaorang beli TMoney. Beli tmoney card harga 3k won kosong ne... pastu gi kat machine dekat dekat situ untuk masukkan duit.. Bila dah masukkan duit dalam Tmoney baru bole masuk subway dia, ala cam LRT malaysia gak....
Jalan bawah tanah subway Myeondong. Bangunan coklat tu Sejong Hotel. Take photo dari dekat2 Myeondong Guest House. Sebelah saloon.

Ni lah saloon yg saya ambil gambar di atas.Depan dia ada robot dari scrap metal.
Sampai stesen Myeondong kitaorang turun (gambo atas). Exit kene gi seberang lalu bawah tanah diaorang, untuk ke Myeondong GH. yang bestnya sepanjang bawah tanah ni semua ada kedai kedai kecil jual buku, survinior dan macam macamlah..makanan pun ade...lapo la pulak tapi pandang jelah... nak beli pun was was.

Yang tak bestnye subway ni kene turun naik tangga, fuh...penat giler beb naik tangga subway....Check in Myeondong kene bayar full berapa hari nak duduk. Satu malam 40k won kira2 dalam 110rm bilik include toilet. Kalau nak compare Hwaseong GH dengan Myeondong GH, lagi best Hwaseong GH - kemas, full facilities dan cantik.

Pas check in kitaorang ke Namdaemun market, saya ikut je hubby, almaklumlah dia tourist guider saya....belah kiri saya dah nampak Namsan tower dan dari jauh dah nampak bangunan Sinsagae. Kene turun balik subway untuk ke sebelah kanan. Namdaemun tu dekat2 dengan Sinsagae.
Namsan Towel. Ni kitaorang da across jalan dah - lalu bawah tanah. Jangan harap nak tengok jambatan atas seberang macam kat Mesia ni..
Kat Namdaemun first buiding yang kitaorang masuk dah jumpa brooch, berpinau biji mata nengok brooch cantik2 dan pekerja diaorang yang tengah pasang batu dekat brooch. Ada satu kedai mamat korea ni saya rembat lah dalam 20 biji brooch untuk survinior sedara mara. Kat mamat ni je yg paling murah sebiji 5k won, dia bagi free lagi sebiji brooch yg kecik harga 3k won. Berjam2la jugak kitaorg pilih brooch. Pas dah beli brooch kitaorang turun bawah jual makanan memang banyak cracker yg pelik2 macam cracker bendir, cracker kelapa - yg ni sedap, tapi kitaorang satu ape pun tak beli sebab MAHAL!. Dapat ngetes je saya rembatlah banyak banyak.

Kedai brooch ni dalam bangunan oren tu...
Perut dah lapor, jalan pun dah tak larat dah, cari kedai makan seafood jumpa satu kedai ni. Order ape lagi ojingo boacham lagi....bosan...bosan... dengan telur dadar. Makanan diaorang macam set. Kita order ojingo, nasi (pap), siap dia bagi kepah besau besau pulak tu. Makan semuanya 40k won, mak aih... mahalnye, tapi tak habis kitaorang mintak tapau - dapat ler makan malam sekali cuma tambah duit lagi untuk beli pap 1.5k won , untuk sorang - tapi jangan harap ler nasi diaorang ni nasi penuh ye.... nasi diaorang ni satu cawan je banyaknye........
Ni ler kedai yang kitaorang makan - kedai dia jual seafood je tapi mahal. takde yg murah kat Myeondong ni. Sekali makan je kat sini dah rm120.00.
Lauk banyak tak habis pun makan nasib baik bole tapau, kitaorang tapau untuk makan malam. Namdaemun tutup pukul 7petang. dah takde pape aktiviti malam tu, kitaorang pun balik hotel dan rest. Sok sambung Journey ke Itaewon.

1 comment:

kemang~ said...

kak! hihi, best nye bace pasal korea ni..bile la saye nak pegi...tiket return akak dpt brapa?