Wednesday 27 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini saya akan dapat menggilap kembali hati saya yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati saya selama ini. Insyaallah. Tolonglah kawan kawan doakan saya yek....


Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukan sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Hrm... tak tau pun sebenarnya...camni time lunch nak kene tidolah yek....

Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Selamat berpuasa kawan kawan......




Wasalam

Friday 22 July 2011

Teambuilding di Port Dickson

17 June dan 18 June tarikh yang dipilih oleh admin Taian untuk adakan Teambuilding. Disebabkan dah lama Taian tak buat Teambuilding, menurut kata otai2 kak hawa dan kak Yati dah lebih kurang 6,7 tahun yang lepas. Lokasi yang dipilih adalah dekat Bayu Beach Resort PD. Disebabkan makcik ni tak pernah nak join Teambuilding, so this is the first time makcik beranikan diri join sebab ada makcik2 yang lain...he...he...
Bayu Beach Resort (BBR)

Sampai aje di BBR, masuk dalam dewan, trainer pun dah get ready, actually we all dah lambat sebab driver bus salah jalan...nasib baik tak sesat. Trainer Puan Yuni dah tunggu, so kita breakfast dulu.





Makanlah dulu beb. Bismillah....Pas makan baru start 1st activity iaitu mengenal diri sendiri. Cara dia valuate diri sendiri dengan beri markah pada soalan yang disediakan dan markah itu akan menilai kecenderungan peserta samaada dia dinilaikan sebagai Harimau, Gajah,Kerbau atau Landak. Tau tak amar dapat ape? Amar ni kan seorang yang sensitif, penuh kasih sayang, emosional dan mengikut peraturan so semestinya amar dapat markah paling banyak kat Kerbau. Hua..hua...hua...

Next activity iaitu Susun Paku. Tengoklah gambar kat bawah. Penat nak explain....

Betul ke susun camni, cam salah jer...


 Ni group amar, time ni dah berjaya susun paku. Sebelah petang lepas lunch kitaorang ada activity outdoor.


 Cik Yuni tengah beri penerangan tentang activity outdoor. First activity is Crisis2 Burung. Erm... tak uploadlak gambor. Then pastu baru activity angkat mengangkat macam gambar kat bawah ni. Mentang2lah amar ni kecik, amar je yang kene jadi demo....

Masa ni cik Yuni tengah beri penerangan macammana activity ni adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan, alamak....makcik ni dah risau dah....boleh ke diaorang angkat aku ni?... memanglah boleh, bukan berat manapun amar ni 43kg je....




  6 orang angkat amar, cam kacang kopek je....tengok tu ..pakman tengah dok gelakkan amar.
Pastu Yuni suruh pulak angkat Saiful, orang palign berat kot kat Taian..he..he...tapi Yuni nak yang angkat tu semua pempuan je, tengok boleh ke tak boleh.. Cayolah...Well Done - sampai kak Yati punya tangan tergeliat angkat Saiful. hi...hi...hi...

Next activity adalah memboloskan diri dalam lubang lubang kecik tanpa terkena sentuh dengan tali talinya.
Amar lagi.....mentang2 kecik, kene masuk lubang paling atas - sebab lubang yang bawah untuk orang yang berat2 je, yang tak boleh nak pikul. he...he..he..

Pas habis activity ni , ada activity masukkan air dalam lubang - group kiraorang dapat keluarkan bola paling last sebab salah strategy..he...he...Time ni sape yang pegang lubang paling bawah ler basah lencun kene mandi dengan air laut.



Abis sume orang dah basah, ape lagi kitaorang pun terejun ler ke laut.
Dapat coral.
Pas dah penat dengan activity 2 yang best, kitaorang masuk bilik hotel, mandi , solat then malam dinner pastu free activity. Kitaorang pun pergilah Pasar Malam kat PD ni dengan jalan kaki ke pekan PD, pasar malam dia dekat dengan Petronas je, tapi jenuh gak lah nak jalan dari BBR ke Pasar Malam ni. Takde beli pape pun just cuci2 mata.



Last day hanya indoor activity. Kene melakonkan watak masing masing, activity buat carpet, activity manufacture belon dan silang nombor.
Kene jadi budak sekolah yg dimarahi oleh cikgu - Gew ler jadi cikgu.
Activity buat carpet
Group kitaorang dapat 1st.
Activity silang kaki - adus...tergeliat pinggang makcik....
Semua activity yang dibuat oleh Cooperbusman memang BEST, especially adenye trainer yang awesome - Puan Yuni. Dia memang sporting. Cayalah.....

Actually semua activity yang dibuat very meaningful. Mengenal diri sendiri- kelemahan dan kelebihan, menilai diri sendiri dan orang lain, menghargai orang lain walaupun orang tu sekecil kecil jawatan dalam sesebuah organisasi, tapi dia juga amat penting. Bekerjasama dan tolong menolong untuk mendapatkan sesuatu hasil dan jugak menghargai setiap orang yang bekerja di Taian - Hrm.... makna mendalam  semua tu.....harap2 adalah perubahan pas Teambuilding ni ek. INSYAALLAH.....
Lepas lunch - dah nak balik dah..Kak Yah,k.jana,k.hawa,me,k.roy and Miza.