Friday 30 March 2012

Terengganu with FF.

First time menjejakkan kakiku ke Terengganu dan first time fly dengan Firefly... hu..hu... berbelit belit daaa..... Flight pukul10.30pagi, dari klang nak ke Subang Airport hanya dalam 30minit. Urusan check in takda pape masalah kerana kami sampai awal dari orang lain kecuali satu team bolasepak Selangor yang conquere counter express, so sy terpaksa gi kaunter biasa, alhamdulillah tak ramai orang, urusan cepat.



Disebabkan kami datang ke Terengganu pada hari jumaat, banyak kedai yang tutup. Pergi ke Pasar Payang pun tak banyak kedai yang buka dan biasanya hari jumaat ni kedai yang dibuka harga kainnya lebih mahal dari hari esoknya - hari Sabtu dan banyak pulak kedai yang bukak pada hari sabtu dan Ahad. Biasanya sutera batik dalam rm180 dah boleh dapat yang cantik cantik siap batu. Kat KL mau harga dalam rm250-300.

Batu Burok Beach Resort


Kami stay di Batu Burok Beach Resort. Hotel OK dengan swimming pool kecik. Sepanjang 3hari hujan tak berhenti2 start malam yg kami sampai, nak jalan pun tak best sebab risau anak2 demam nanti. Kami pun pusing pusing dalam kereta je.

Hari kedua pun hujan. Kami ke kedai keropok lekor BTB seawal pagi, tak awal mana pun he..he..tu pun dah ramai orang yg tunggu. Kedai ni terletak betul2 di tepi jalan main road dekat dekat selekoh. Dari airport terus je ambil jalan nak menuju ke jambatan, kedai ni kalau dari airport, dia disebelah kanan, seberang jalannya iaitu sebelah kiri ada satu homestay - Homestay Al Falah. Kedai keropok lekor ni hari jumaat tutup.



Selesai beli keropok lekor kira kira dalam kul 11 pagi jugaklah. Ambik nombor ni hanya untuk beli keropok lekor lebih dari rm100.00. Sambil sambil tunggu tu bolehla breakfast kat gerai sebelah dia.

Kemudian kitaorang pergi ke Masjid Kristal, jomlah layan gambar je... lotih nak citer.....



Balik dari Masjid Kristal kitaorang singgah ke Pasar Payang. Lepak kat dataran ni, berdepan dengan Bazar Warisan dan sebelah dia Pasar Payanglah.....