Tuesday 23 August 2011

Cheonggye Stream , Yongsan Plaza & Namsan Tower - 19 March 2011

Nak ke Cheonggye stream ni yang fed up sikit....penat Hanok Village pun tak abis lagi, dah sambung ke sungai ni pulak, tensionlah jugak dengan tak makannye..jumpa MC D pun tengok je....was-waslah pulok...MC D diaorang takde jual burger ikan ye...harap maklum, burger daging memanglah kompom x sembelih. Ni lah Cheonggye stream...memang bersih air dia...sejuk pulak tu..

Budak kecik da penat

Bawah jalan tepi sungai Cheonggye. Kalau kat Mesia mesti dah kene rembat gambor tu.

Muka cuak - penat giler


Lega - dah sampai ke destinasi - senyuman dalam paksaan..ha...ha...
Pas ke Cheonggye Stream hubby ajak lak gi Yongsan Plaza, adus...ikut jelah ....hubby pun tak pernah gi sana - sajeje katanya nak tengok Galaxy Tab. Kat korea ni senang je nak kemana mana asalkan pandai tengok Subway, sebab ada subway yang transit jugak.
Bumblebee hubby

Yongsan Plaza

Malam last ni hubby kata jom pergi Namsan Tower. Dekat je dari Myeongdong guesthouse ni, kitaorang jalan kaki je, lalu belakang guesthouse tapi jenuh gak lah sebab jalan dia cam mendaki bukit sikit. Masa jalan dekat main road ni terjumpalah Seoul Cartoon Museum - tak taulah korea buat cartoon ape yek.

Seould Cartoon Museum

Dalam cable car

Masa ni kitaorang dah sampai kat Namsan Tower, dah naik dalam cable car pun, biasalah bukan warga bayaran dia mahal sikit. Yang tak bestnye cable car dia masuk reramai dalam satu cable car, berdiri pulak tu...time kitaorang pegi memang ramai sangat orang, beratur pun panjang, selagi tak penuh di sumbatnya sampai penuh baru naik atas. Malaysia jugak yang best sebab ada LANGKAWI cable car, satu gondola masuk 4 orang je, takde nak berasak asak macam tin sardin.







Tulis nama sendirik kat thousand of padlock.

Friday 12 August 2011

Hanok Village - 19 March 2011


 Salam semua... DAh janji nak mengupdatekan my journey, kenelah buat, bagus jugak untuk panduan kawan kawan yang terasa nak backpack atau pun reference untuk diri sendiri in future. Semalam dah ke Itaewon so harini hubby tanya nak kemana lagi - so saya suggestlah ke Hanok Village dan Cheonggye Stream tapi bergantung kepada keadaan kaki ni lah. Semalam punya jalan pun rasa macam dah cramp kaki ni, arini nak jalan jauh lagi.....aduss....Cam biasa naik subway Myeondong, turun kat Anguk station. Gambar atas tu baru kuar dari subway, jalan depan sikit jumpa trafic light dalam gambar tu then belok kiri, jalan terus sampai jumpa Bukchon Hanok Village ni. Tengok signboard bawah ni ha.... kalau kalau rasa salah jalan.



Pas masuk simpang kiri ni , ni lah dia punya main road. Bukchon Village ni betul betul tepi jalan ni kira kira 2km jugaklah nak berjalan masuk dari simpang ni. Kat sini pun ade banyak  sekolah menengah.



Dalam rumah traditional ni ade citer pasal senibina rumah ni, peralatan dalam rumah dia, rumah traditional lah katakan.....dah masuk dalam rumah ni tengok tengok, saya dan hubby teruskan jalan cari actual rumah rumah traditional ni, jalan terus ju ikut mainroad tadi, Ada jugak guesthouse kat sini BONGSAN GUEST HOUSE dan BUKCHON GUEST HOUSE , sape yang nak merasa tinggal dalam rumah traditional bolehlah sewa kat sini, tapi rega dia mahal sikilah dari Myeondong Guest House yang kitaorang duduk. pastu jumpa simpang empat kecik ada trafic light dan kat simpang tu ade kedai pizza. sampai kat trafic light ni pun jalan terus sampai jumpa kawasan rumah rumah tradisional, tapi ada masuk satu simpang ke kiri sebelum sampai ke rumah traditional ni dan jalan dia cam kene mendaki bukitlah sikit yek....wo...memang penat giler.....




Ni kitaorang dah sampai ujung, cuba tengok betapa jauhnye kitaorang jalan....he...he...he... kene mendaki pulak tu....

Tempat strategik untuk ambi gambar, cari je PHOTO SPOT ni kat tengah jalan lorong rumah traditional tu.


Turun dari rumah traditional tu, tak lalu jalan yang masa datang tadi tah...jumpalah patung rebut makan biskut ni -eeee ngeri tengok muka patung ni. Kitaorang duduk kat biskut dia ni....he...he...

Pasni kitaorang nak menapak kat Cheonggye Stream pulak...Aduiai...perut da lapor....nak makan pun takut tak halal....sape yang nak kesini, sediakan ler dulu roti ke, snickers ke dan air - kot kot ade yg kebulor pulak.....





Tuesday 2 August 2011

Itaewon & Dongdaemun Market - 18 March 2011

Ni dekat Itaewon, kitaorang pergi pun dah sebelah petang - pekannya macam rasa berada kat negara omputeh lak, sebab jumpa orang asing yang ramai dari orang Korea. Serius tau....macam kat US or UK lak.

Monday 1 August 2011

Backpack to Seoul - Myeondong, Namdaemun 17 March 2011

Hrm....lama tol nak mengupdatekan cerita backpack ku ke Korea. Alkisah 3rd day lepas beli tiket train Korail kitaorang menuju ke Seoul. Masa naik train ingatkan macam komuter, dok bersepah je rupa rupanya ada seat number. Kitaorang main duduk je firstly bila nampak ada tempat kosang, tetiba  datang ahjuma kata tu seat dia sambil tunjuk nombor. Hmmm kene bangun dan berpindahle dari satu gerabak ke satu gerabak. Rupanya gerabak kitaorang paling last, jenuh la mengheret bag dalam ketapi, hubbylah...bukan saya...he..he..Sepanjang perjalanan benda baru yang kitaorang nampak iaitu bullet train dan perjalanan juga melintasi sungai Han dan nampak juga 63 Building, dekat tepi sungai Han. Perjalanan dari Suwon ke Seoul lebih kurang 45minit.



Sampai di stesen Seoul, kitaorang keluar dan time tu mulalah teraba raba nak tuju ke Myeondong Guest House. Dok pusing pusing kat tempat tiket nak cari kaunter pertanyaan, last last tak pergi tanya, kitaorang teguq sorang mamat yang berpakaian soldier warna hijau cara camna nak ke Myeondong. fuh...nasib baiklah mamat ni terrror speak English, dia arahkan kitaorang turun dekat  Eskelator sebelah tu pas tu soh kitaorang beli TMoney. Beli tmoney card harga 3k won kosong ne... pastu gi kat machine dekat dekat situ untuk masukkan duit.. Bila dah masukkan duit dalam Tmoney baru bole masuk subway dia, ala cam LRT malaysia gak....
Jalan bawah tanah subway Myeondong. Bangunan coklat tu Sejong Hotel. Take photo dari dekat2 Myeondong Guest House. Sebelah saloon.

Ni lah saloon yg saya ambil gambar di atas.Depan dia ada robot dari scrap metal.
Sampai stesen Myeondong kitaorang turun (gambo atas). Exit kene gi seberang lalu bawah tanah diaorang, untuk ke Myeondong GH. yang bestnya sepanjang bawah tanah ni semua ada kedai kedai kecil jual buku, survinior dan macam macamlah..makanan pun ade...lapo la pulak tapi pandang jelah... nak beli pun was was.

Yang tak bestnye subway ni kene turun naik tangga, fuh...penat giler beb naik tangga subway....Check in Myeondong kene bayar full berapa hari nak duduk. Satu malam 40k won kira2 dalam 110rm bilik include toilet. Kalau nak compare Hwaseong GH dengan Myeondong GH, lagi best Hwaseong GH - kemas, full facilities dan cantik.

Pas check in kitaorang ke Namdaemun market, saya ikut je hubby, almaklumlah dia tourist guider saya....belah kiri saya dah nampak Namsan tower dan dari jauh dah nampak bangunan Sinsagae. Kene turun balik subway untuk ke sebelah kanan. Namdaemun tu dekat2 dengan Sinsagae.
Namsan Towel. Ni kitaorang da across jalan dah - lalu bawah tanah. Jangan harap nak tengok jambatan atas seberang macam kat Mesia ni..
Kat Namdaemun first buiding yang kitaorang masuk dah jumpa brooch, berpinau biji mata nengok brooch cantik2 dan pekerja diaorang yang tengah pasang batu dekat brooch. Ada satu kedai mamat korea ni saya rembat lah dalam 20 biji brooch untuk survinior sedara mara. Kat mamat ni je yg paling murah sebiji 5k won, dia bagi free lagi sebiji brooch yg kecik harga 3k won. Berjam2la jugak kitaorg pilih brooch. Pas dah beli brooch kitaorang turun bawah jual makanan memang banyak cracker yg pelik2 macam cracker bendir, cracker kelapa - yg ni sedap, tapi kitaorang satu ape pun tak beli sebab MAHAL!. Dapat ngetes je saya rembatlah banyak banyak.

Kedai brooch ni dalam bangunan oren tu...
Perut dah lapor, jalan pun dah tak larat dah, cari kedai makan seafood jumpa satu kedai ni. Order ape lagi ojingo boacham lagi....bosan...bosan... dengan telur dadar. Makanan diaorang macam set. Kita order ojingo, nasi (pap), siap dia bagi kepah besau besau pulak tu. Makan semuanya 40k won, mak aih... mahalnye, tapi tak habis kitaorang mintak tapau - dapat ler makan malam sekali cuma tambah duit lagi untuk beli pap 1.5k won , untuk sorang - tapi jangan harap ler nasi diaorang ni nasi penuh ye.... nasi diaorang ni satu cawan je banyaknye........
Ni ler kedai yang kitaorang makan - kedai dia jual seafood je tapi mahal. takde yg murah kat Myeondong ni. Sekali makan je kat sini dah rm120.00.
Lauk banyak tak habis pun makan nasib baik bole tapau, kitaorang tapau untuk makan malam. Namdaemun tutup pukul 7petang. dah takde pape aktiviti malam tu, kitaorang pun balik hotel dan rest. Sok sambung Journey ke Itaewon.