Tuesday 2 August 2011

Itaewon & Dongdaemun Market - 18 March 2011

Ni dekat Itaewon, kitaorang pergi pun dah sebelah petang - pekannya macam rasa berada kat negara omputeh lak, sebab jumpa orang asing yang ramai dari orang Korea. Serius tau....macam kat US or UK lak.

Kat Itaewon ni lah ade satu satunya Masjid. Kalau keluar subway naik tangga tu terus je menghala ke arah kanan , jangan kala ke kiri sebab ke kiri nanti kalu jumpa Mc Donald tu kira dah salah aruslah tu. Jalan terus sampai jumpa bangunan tinggi tinggi ni, pastu tengok je signboard.



 
Sempatlah solat jamak qasar dekat masjid ni. Yang menjaga masjid ni pun cam orang orang Pakistan.
 Habis solat kitaorang pun cari tempat makan.Tak pergi dekat jalan luar ni, kitaorang lalu lorong2 belakang main road, jumpa kedai makan ni - Al Hoor Restaurant. Nasib baiklah ketemu Nasi beriani, samosa dan kari ayam dia sedaplah jugak sampai saya minta hubby tapau bawak balik hotel. Kira murahlah jugak compare makan seafood kat Myeondong.
Dalam restoren.
Balik dari Itaewon kitaorang pergi Dongdaemun Market pulak. Tak beli pape pun.Kebayakkannya jual pakaian dari China. Tak payahlah beli - mahal pun tapi kualiti China, baik beli kat China je, lagi berganda2 murah. Tak pergi pun tak pe sebenarnya. Nilah beberapa gambau yg saya..eh hubby snap.



Sok pulak kitaorang plan ke Hanok Village dan meredah cari sungai ..apetah.. sungai yang telah di bersihkan...ape tah lupa lak, nanti saya bagitau on next story yek..


No comments: